This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

26 December 2014

DOMINO'S ATAU PIZZA HUT?

Bismillahirahmanirahim.

Surah Al-Fatihah di bacakan buat semua saudara Islam di negeri-negeri pantai timur. Semoga mereka berada di bawah lindungan Allah SWT.


Amin. banyak khasiat surat Al-Fatihah ni. fahamkan maksud setiap ayat. :)

*********************************************************************************

Sejak kebelakangan ni, hujan tak henti2. sejuk sangat. nak masak pun malas. nak mandi lagi la malas. anak2 pun jadi malas nak mandi sebab air sejuk. PAP! masak air. tuang dalam baldi. jangan tanya kenapa x pakai water heater. -___________________- sebab x de water heater la..rase macam boleh survive lagi sebab tu tak beli dan pasang.. sekarang ni...time hujan2 gini.. water heater adalah satu keperluan bukan lagi kehendak.. T_________T seeeejuuuuukkkkk..

disebabkan kemalasan dan kelaparan yg maksimas. kitorang sefamili decided nak makan chicken chop malam tu. tapi semua kedai penuuuuuuh! orang lain cam kitorang gak. lapar dan malas. penuh bukan sebab ape. sebab orang tak nak makan kat luar yg xde bumbung. hujannn kan? so, tempat yg berbumbung penuh la. final decision, we went to Domino's Pizza.

ok. tanpa segan silu. ni first time kitorang dine in. anak2 excited. depa dok sebut la "PIZZA HUT..PIZZA HUT.." ada la malu sket kitorang laki bini.. dah dok dalam domino's tapi anak2 dok karaoke pizza hut.

oleh kerana aku adalah peminat tegar pizza. memang excited la.


bila menu yang di pesan dah sampai..


errr.... mane pinggan? sudu dan garfu plastik je? tisu mane? aku tengok auntie kat depan tu terkial2 tengok meja kitorang sefamili dgn meja customer yang lain. mungkin diorang first time dine in cam kitorang. before ni delivery je kan..

aku dengar dia bersembang..ayat tamil+english. .#$%#%^^. NO PLATE? @#$%$^. PIZZA HUT. !@#$%%^. sambil terbalik2 kan pizza tu. maybe dia tak puas hati pizza domino's nipis je. aku translate.. maybe dia kate. mane pinggan? pizza hut ada pinggan! tapi family auntie India ni bagus..dia tak macam orang lain. dia makan pun diam.. suara tak kuat (aku yg curi2 dengar). family diorang respect dgn customer lain. Auntie tu ajar anak2 dia tertib makan. bagussss weh!

-____________-' bukan nak cite pasal family Auntie tu sebenarnya.

ok. husband aku cakap. Domino's ni nak tiru/ambil stail restoren omputih. berkonsepkan "independent & home style" faham? maksudnya.. macam makan kat rumah. dok depan tv. pizza atas peha. kaki lunjur kat sofa. tarik pizza slice per slice.masuk mulut. tipu. ni gambaran sebenar. makan dengan family kat rumah. x payah pinggan bagai. pizza sampai je. bukak kotak terus makan.


kitorang frust sket la. sebab tisu pun xde beb! kene gi kat washroom. tarik tisu kat sane. tisu toilet kot. aku lagi rela lap mulut dengan kain buruk kat dapur rumah. X_______X

ape pun. PIZZA HUT kot yang terbaik..setakat ni la. conclusion. malam tu kitorang sefamili lapar lagi. balik terus tido. ow! kat dalam domino's tu. elisha sempat terannnn poo poo. satu floor bauuuu dia punya poo poo. kitorang blah cepat2. x nak orang lain pengsann. dalam kete turunkan tingkap kaca. bagi pengaliran udara yang baik dalam kete supaya paru paru tak rosak ;p bertuah punye anak!

ok. esok nak order PIZZA HUT. pizza hut nak kene boikot gak ke? ade sumbangan ke israel gak ke? kalau ade nampak nye aku kene korbankan jiwa raga ku lagi.... T_________T sadisss sigaraga!

19 December 2014

JAGA ANAK SENDIRI ATAU MINTA DIJAGAKAN?

Bismillahirahmanirahim.

Penaaaatttt sangat baru-baru ni..dengan permintaan INNER BAWAL yang tinggi. dengan ragam anak2 membesar lagi. tersannngattt lah tak cukup masa..

Sekarang dah jarang nak hantar anak2 kat rumah mertua. dulu agak stressss gak la sebab nak jaga anak2, nak menjahit lagi. tapi lame2 rase dah boleh handle kot..try sehari dua jaga boboi &elisha serentak. dorang tak boleh duduk sekali. mula la bercakar, tolak menolak, jealous men-jealous. huhu. pening. pening.

Mak mertua mula bertanya kenapa jarang hantar elisha/boboi kat rumahnya? pastu jawab la elok2. "tasha dah boleh jaga 2-2".

Pernah tak korang rasa bila hantar anak kat orang lain (taska ke, mak kandung ke, mak mertua ke dll.). Rasa cemas, susah hati, anak dah makan ke belum? cukup ke susu dia? pampers tukar berapa kali sehari? ada ruam naik? dah poo poo ke belum? sembelit tak? gaduh dengan anak2 yang lain ke?kene cakar lagi ke? kene buli ke? lagi2 kalau anak tu tak sihat. demam. kite kat sini risau sampai kite pun nak demam sekali.

skeleton dance by elisha & rayyan
Haa.. itu yang kite rase bile hantar anak kat mertua. walaupun itu mertua kita. kita tahu yg dia adalah seorang Ibu. tahu jaga anak. penyayang. Tapii... sebagai seorang ibu muda. bhahaha. muda la sangat. ok. bawah 30 masih muda lagi. -__________-. Sebagai ibu muda, kita mesti ada perasaan macam tu. ye la baru lagi kann.. erti kata lain. dari anak tu umur 1 hari sampai la anak tu umur 3 bulan kita jaga. tiba2 nak berpisah utk tempoh 6-8 jam. memangggg tak tentu arah kite dibuatnye. lagi2 kat office.. bukak file nampak muka anak. masuk meeting teringat kat anak..kann?

kita pun text mertua kita. "salam mama. elisha/boboi macam mana? dah makan ke? susu cukup tak ma?" tapi dalam hati kita tau mak mertua kita rasa tak sedap la..semacam je..mungkin dia fikir "mama tahu jaga anak2 tasha..anak2 tasha semua baik2. jgn risau.."

throwback: boboi 2012
Tak dinafikan perasaan tu wujud dalam setiap naluri hati seorang Ibu.RISAU. walaupun anak tu dah tua bangka. selagi hayat dikandung badan. seorang IBU akan RISAU ttg anaknya walaupun anak tu dah akil baligh. dah kahwin. dah beranak pinak. dann....dah tua. kann..?

Final decision. kite nak jaga anak2 sendiri. sebab kite ni jenis yang RISAU tahap kritikal. dari orang rimas kite dok msg 1jam sekali. baik kite yg jaga. sorry ye mama..mama boleh rehat pasni..hujung minggu tasha bawak anak2 jumpe nenek nye ye? In Syaa Allah tasha boleh bahagi2kan masa menjahit, layan customer dan layan anak2. wish me luck! (^^,)

Bermula la kisah mereka di dalam rumah.........................................


YEAR END SALE!! STOCK CLEARANCE

Bismillahirahmanirahim.

LaciTudung buat sale lagi. Murah! Mane nak dapat shawl sequin yang berkualiti tapi harga rendah macam ni? RM19?? labuh. tak jarang. warna pun cute2 je. seriously, tak tipu. check kat album ni Customer Suka! Kat situ ada semua feedback from our lovely customer.



Haa..kat bawah ni.. yang ni plak antara HOT ITEMMM kat LaciTudung. kain chiffon ni sangatttt bestttt. bukan nak puji melambung2 tapi tengok feedback customer. depa suka kain Chiffon ni. berat. terletak je kat kepala bila pakai. senang nak bentuk bumbung. kain chiffon ni sama macam kain shawl sequin tu. labuuuhhh sampai ke pinggang (sebab kita rendang2 sedang ) rugi tak try.  -________-



SHAWL BUTTERFLY SPARKLE?? yang ni kene pakai inner sebab sedikit jarang. tak la jarang sangat. kain elok sangat2. kain ni tak nipis tau. cume memang kene pakai inner neck. Harga Normal RM18. depa buat sale jadi RM15. murah beb!

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp terus owner nye +6-019-312-4270 or korang boleh pergi cuci2 mata dulu kat instashop beliau @lacitudung_official atau click kat fan page LaciTudung , and leave your message. oh ya, don't forget to follow/Like them. baaaaaanyakkkk GIVEAWAY dorang nak bagi. bye~

17 December 2014

TUKAR SKIN BLOG LAGI?

Bismillahirahmanirahim.

Tukar theme/skin blog lagi?

theme tu melambangkan mood kite. theme kali ni lebih kepada keanak-anakan. colouring, colourful, joyful and happiness. tak lah colourful sangat sebab theme ni plain. macam draw atas plain paper.

previous theme kite adalah Women Secret Inside. Girlish sangat..love it! really love it! theme agak ke-pink-purle-an. macam kat bawah ni. sebenarnya tak lah suka pink. tp theme tu cute sangat. malangnya, theme ni font tak boleh edit. x boleh edit or kite yang tak pandai edit  -______-"

Women Secret Inside
comel kan? (^^o)// kat mana kite suka download theme/skin yang comel2 ni? meh kite share sket.

http://www.ipietoon.com/

kat sana korang boleh cuci mata. macam2 theme yang comel2, cartoon yang comel2 keanak-anakan. jangan plak korang expect ada theme ganas2 kat website tu. -________-''

tapi....

penulis website tu. penulis? boleh la..penulis tu dia jarang update/release new design. kene la rajin taip kat comment situ.."new design/theme please.."

tapi...

setiap theme yang di upload selalunya font kat situ dah memang "lock" tak boleh nak edit. mostly, font yang tak boleh di edit warna dan size akan effect pada bacaan. erm? erm? mcm mana tu? maksudnye, theme warna purple. tulisan pun purple. itu pun gelap sket. dah menyukarkan blog reader kan.. iyelah. dah theme & font sama warna. itu je la kekurangan nye. yang lain2 ok. memang ok.

sebenarnya sekarang ni. ketika ini. saat ini tak tenang nak menaip panjang2. anak bertuah sorang ni tak suka kita pegang handphone atau laptop. mesti dia buat 1001 ragam dia buat utk kita tinggalkan apa sahaja aktiviti yg kita buat utk bermain dengan dia.

hilang mood nak menaip jap...ok bye.

09 December 2014

INSTANT SHAWL || SELLING FAST!!

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah. Instant Shawl Tiara larissss dijual. semalam iklan kat IG arini tinggal 3,4 helai je. terima kasih pada semua customer & regular customers, especially follower kat ig ^____^ . korang memang followers yang thorbaik!!

Instant Shawl memule yang naik femes adalah Instant Shawl Neelofa. pastu Instant Shawl Diana Amira (memule aku ingatkan dia DIana Amir..cisss! salah orang).

eh? ada yang belum tengok Instant Shawl Tiara by LaciTudung kan? 










INSTANT SHAWL TIARA
Price : RM20
Postage : RM7 SM/RM10 SS
Material : Chiffon
Size : Free Size (anggaran size badan S-XL)

like sekali page ni LaciTudung . dalam page tu banyak tudung2 best. harga dari RM4-RM30 sahaja. tak lebih tak kurang. kalau terlebih tu typo la tu.. +____+

anggun...gitu.. -_____-  kate pun instant kan. memang tersangaaaaat la segeraaa. shawl ni kain dari chiffon. lembut2 camtu dan sedikit jarang. jarang ok. bukan nipis. nipis senang koyak. jarang telus ke dalam. tapi tak jarang sangat. macam model ni pakai ( aku ler tu...mihmihmih). yang penting kene pakai inner. ape2 inner la.

kalau korang dah beli shawl ni pastu kat bahagian satelit tu kemek2 ke..senget2 ke..tu tandanya korang kurang sabar di dalam membentuk shawl tersebut. wat lek wat peace. tenang2 je bentuk kan. tu bagi sesape yg tak nak pakai inner la. kene sabar sket dalam membentuk. kalau pakai inner. PAP! 30 saat pun siap.

macam aku. aku suke pakai inner neck/inner bawal. utk dapatkan bentuk yang best dan kemas pakai inner yg ada awning tu. tapi cam aku cakap ritu. aku tak suka pakai yg ada awning sebab aku x reti basuh awning tu. nanti patah2..rugi je.. T______T

okay. kalau ada sesape nak beli. beli cepat.sebelum stock ni habis.aku stock tak banyak. whatsapp cecepat  +60193124270. aku lambat sket reply. busy. tapi dalam tempoh 12-24 jam aku akan reply. kalau kau whatsapp time megerib (maghrib ler) aku lambat sket reply. jgn la tanye nak buat pe time tu?

ok. bye. wassalam





04 December 2014

WIDE SHAWL CHIFFON LACE

Bismillahirahmanirahim.

Kali ni LaciTudung keluarkan shawl lace. bukan printed punye. real lace. lace hitam yang dijahit di kaki shawl. dijahit depan dan belakang tudung.

Kain chiffon yang digunakan adalah dari chiffon high quality. berat. berat yang dimaksudkan adalah bila dipakai ia terletak cantik, bila ditiup angin x melayang2 yg menyebabkan kedudukan shawl bergerak dan jadi x kemas.




nampak tak..? nampak tak..? colourful sangat kan? kebanyakan gadis takut nak try warna2 yg terang. kenapa nak takut nencuba sesuatu yg baru kan? warna yg terang mampu menarik perhatian oranf ramai. confirm kalau korang berjalan di khalayak ramai. paling sket pun org ushar.paling kurang 8 orang.

ok tak nak banyak citer. kat sini ada 12 warna menarik. ada yang belum masuk dalam gambar lagi. harga??? sangat2 berbaloi..


WIDESHAWL CHIFFON LACE

Price : RM20  ( After Discount : RM15!!)

Postage : RM7 SM/RM9 SS

Material : high quality chiffon + lace

Size : 1.8 m × 0.6m

Status Available : Orange, Sky Blue & Maroon Only


haa.. jemput like fanpage fb kitorang. taip
LaciTudung
LaciTudung
LaciTudung

whatsapp utk sesape yg nak order lelaju +60193124270

30 October 2014

INNER BAWAL MAVELES!!!

Ape tu inner bawal? ada yang tau ada yang tak berapa nak tau. yang tau tu biasanya penggemar tudung bawal. tapi...inner bawal ni kurang dikenali sebab tak ada artis nak tolong pakai..hahaha! gituuu.. okeh. gurau senda je.

nak tengok rupe inner bawal ?


gambar ihsan dari supplier (zura)
inner bawal_copyright by lacitudung

nampak tak..nampak tak.. kain yang tak berapa nak jarang. tak panas. senang je korang nak pakai. pin dan sarungkan shawl/syria.

inner bawal ni di ciptakan untuk gadis-gadis yang nak try2 pakai shawl tapi takut pipi yang gebuss dan bambam tu terserlah, maka solution nya adalah dengan memakai tudung bawal + shawl. What?? tak panasss ke? haruss la panas kalau pakai tudung bawal yang bidang 45 tu dengan shawl kan..

oleh yang demikian, tudung bawal tu di potong dan dipendekkan bagi si pemakai lebih selesa dan confident. seriously, inner bawal ni memang tak panas.. try tengok kite pakai kat gambar di atas.. anggun gitu..kan? agaagagaga..

INNER BAWAL

Price : RM4/pc ( exclude postage)
*Buy 5 pcs free 1 pc
Buy 10-20 pcs free 1 pc inner satin

Material : Cotton Bawal
Measurement : 53 cm x 53 cm
Colors : 24 colors (whatsapp to ask code)

Nak order? whatsapp +60193124270

more tudung & shawl? like our page fb : LaciTudung
follow our instagram : lacitudung_official


Resepi Pavlova : My First PAVLOVA

Memula nak buat pavlova pikir lima nam belas kali gak la. tengok orang dok makan pavlova cam sedap je. mule la tangan ni gatal cari resepi nak try buat..

bile tengok bahan2 nye..mak haih...sket je bahannn nye..tak lah sesusah mane.. kacang je nih..mihmihmih.. blagak macam chef pengalaman seploh tahun je..

ajak Aman gi shopping bahan buat kek.. sampai kat barang2 sejuk tu.. GLUP!! nak telan air liur pun rase payah je.. mahal nye!! seriously, memang mahal bahan2 nak buat kek tu.. padan la harga kek tu pun mahal.. oOo..paham..paham.. tapi tangan sauk gak bahan2 tu masuk dalam basket kat tangan. KETING! terus bayo.. kite senyum je.. orang tersayang tolong bayokan.. agaagagagaaa...

Sampai je rumah..  tak la terus buat. gile ko penat.. penat soping katenye.. padahal tak la penat mane.. malas sebenarnya..

FRIDAY is BAKING DAY!! ari jumaat memang hari utk kite buat kek. assist by Rayyan & Elisha. biasanya Rayyan sorang yang tolong. adiknya, Elisha stay with Nek Yam. Rayyan tolong "pukul" telur sampai kembang dan kemas sket2. dah kembang dia mintak sket dan larikkkk duduk kat depan tv. tu je tugas nye..

Setelah 3 jam berlalu tanpa peluh didahi dan di badan (pasang aircond).. siang tu memang panas giler. kalau tak..berpeluh sakan kite macam orang turun ke bendang. gituuu.. renyah gak nak buat kek ni.. nak pukul krim nye tak ley lame..tak ley kejap..nak dapatkan soft whipping yang betol2 soft la..

Haa..citer bagai nak rak..mane hasilnye? nih dia..

Pavlova by Natasha Zainal
Haa.. jangan gelak. memang tak brape nak jadik..tak tinggi and flat je..tapi sedap! Rayyan kate sedap. ok la tu. budak2 kan jujur.. hhaaha...bagi Aman rasa dia kate sedap gak.. tapi tengok riak muka macam nak sedapkan ati kite je..hahahaha...

Chef televisyen kate..pavlova takde shape.. buatla tinggi ka, penyek ka.. kalau ada rasa. pavlova la tu. yang penting meringue tu mesti jadik.. so far..kite rase meringue kite okay kot..kot la korang rase ntah pape kite punye kek kan.. cume..part nak buat whipping tu..payah beno. lame sgt pukul.. keluar air2 sket..haish!! kene praktis banyak kali

ops! kek tu tinggal separuh je..lagi separuh tak brape nak jadi sbnarnye..tu yg makan cepat2..agagagaaaga...

haa..ni resepi kite ambil dari Chef Kamarul. dia buat jadik kite buat tak brape nak jadik.. ni resepi nye:

Bahan-bahan (anggaran 10 orang makan)

4 biji putih telur (gred A lagi bagus)
1 cawan gula pasir/gula castor
2 sb tepung jagung (ayak dahulu)
1 st cuka makan
1 st esen vanilla/esen orange (utk elak bau hanyir telur)

Bahan-bahan Topping:
1 cawan fresh cream/whipping (rich, value - non diary)
Anggur hitam, anggur hijau, kiwi & strawberi (optional)

Cara-cara :

1) Panaskan oven 10 minit awal pada suhu 150
2) Sementara oven panas, pukul putih telur sampai berbuih.
3) Masukkan gula & pukul sampai soft peak/bertanduk
4) Masukkan tepung jagung yang telah diayak terlebih dahulu untuk elak bendasing masuk dalam adunan
5) Pukul adunan tadi sampai sebati. Setelah sebati masukkan esen vanilla/esen orange ke dalam adunan dan pukul sehingga sebati.
6) Pada dulang pembakar, letakkan kertas minyak kemudian lukiskan bulatan ikut acuan loyang kek size 9 (agak2 je) supaya adunan menjadi tinggi dan tak leper
7) Tuangkan adunan pada garisan bulatan tersebut dan masukkan ke dalam oven
8) Bakar selama 1 jam. Selepas setengah jam turunkan suhu pada 130. Kalau selepas 1 jam kek tak berapa masak. tambahkan lagi 20 minit.
9) Selepas kek masak, biarkan kek sejuk dalam oven selama 20-30 minit. Kemudian boleh mula topping dengan whipping cream/fresh cream dan buah-buahan segar. Masuk dalam peti ais untuk elak kan whipping cream cair.

Cara-cara buat topping :

pukul whipping cream/fresh cream sampai soft peak. Jangan pukul terlalu lama. Kemudian tuangkan di atas pavlova yang telah sejuk.
Potong buah-buahan mengikut kreativiti anda.


ok. selamat mencuba..harap2 korangnye resepi menjadi dan sedap! babai...

23 September 2014

KOLEKSI SHAWL : SEQUIN SHAWL

TADAAA!! Aku dah ada "kerja baru"!! Best!! takde la dok ngadap make up brush & bermain dengan eyeshadow je. Actually, dah lama dah aku menceburi bidang ni cuma antara serious dengan tak je (-_-) . Nak tau ape dia? KAIN & TUDUNG!! hikhikhik. Normal la tu kan..pompuan la katakan. mesti la suke kain & tudung. Aku suka beli, pakai & simpan tudung. Aku suka dengan latest fashion. Aku suka fesyen tudung yg terkini tapi bukan yg ada awning tu. Aku suka shawl dan bawal! BAWAL LOVERS!! Seriously, dah banyak giler tudung aku.. tak muat lemari dah.. So..aku terfikir, daripada aku beli, pakai & simpan tudung/shawl tu.. ape kate aku buat sendiri tudung/shawl. takde la membazir sangat...sekarang pun aku jual tudung/shawl cuma bukan jahit sendiri. ambil stock dari supplier je..memang untung tapi kan dari kita makan untung atas orang. ape kate makan untung rugi sendiri. memang lah dah belambak kat luar sana orang jual tudung..banyak kedai banyak lah persaingannya..bersaing la secara sihat jangan busuk2 hati bagai..tapi...tapi...  mesin jahit tak ade!! (-o-).. aritu ada mengutarakan soalan cepukmas dekat si dia. nampaknya..ada ura2 si dia nak belikan mesin jahit..huhuhu! HAHAHAHAA! tak sabar sangat2!!
.
Okeh. meh aku perkenalkan instashop aku kat instagram. Meh la follow. mane tau nanti aku nak buat giveaway. korang lak bertuah! dapatlah special gift dari aku. Oh, ni nama instashop aku @lacitudung_offical follow tau?? ni lak nama FB page aku .. click kat link ni la ye :

QAL Collections & Makeover

Ni lak antara koleksi kitorang. nak gitau ni..sebelum ni aku agak jahil sket tentang jenis kain. First time berniaga online jual2 tudung ni.. aku pakai sauk je mane2 kedai yang jual latest design & murah! aku tak pentingkan kualiti kain langsung! asal murah tu dah cukup buat aku. untung punya pasal sanggup jual ape2 jenis kualiti kain. Nak dijadikan cerita, mase aku sibuk menjual kat office (dulu la..ni cite dulu..) ada member ni berkenan dengan tudung yg aku jual. dia nak dan terus membeli. aku punya la suka member nak beli banyak..aku pun jual..dia pun beli. After few days..she came back and asked me..

"Tasha, kau masa jual tudung kau ada tengok2 tak tudung tu?"

aku : tengok jugak la..kenapa?

she replied " aku rasa kau terlepas pandang yang ni..(dia tunjuk kain tudung yang aku jual tu)

bapak terkejut!!! ada 5-8 lubang macam kene gigit lipas je tudung tu!! seriously!! aku malu giler time tu..then, aku tukarkan yg baru utk member aku tu. time tu aku rase macam nak sorok muka dalam bilik bos je..huhuhu.

MALU!! sebab ape?? sebab careless! lepas kejadian tu. aku jadi lebih berhati2. dan aku jadi sangat2 memilih bab2 kualiti kain! Aku cuba letak kan diri aku kat tempat customer. Sebagai customer aku mesti nak yang murah dan terbaik kan? Kalau penjual bagi macam hampagas je kualiti kain tu, baik aku pakai kain perca je kan? So, aku rasa saat tu..aku bukan penjual yang bagus! aku tak pentingkan kualiti, aku pentingkan untung je. erti kata lain PENTINGKAN DIRI SENDIRI!

Benar kata orang yg berjaya : Nak berada di puncak gunung, daki lah gunung yang tinggi. lagi tinggi lagi bagus. Lagi tinggi lagi banyak penat dan lelah yg kita dapat. kadang2 terjatuh, kadang2 sakit. tapi bila berada di puncak yang tinggi. semua penat lelah hilang begitu sahaja.

Maksudnya, nak berjaya. bukannya mudah. kadang2 kesulitan dan masalah selalu datang menyinggah menyebabkan kita rasa give up. tapi dgn masalah yg datang kita datang improve mana2 yang kurang. bila jatuh kita bangkit semula. tak boleh bangun, merangkak pun takpe..tak boleh merangkak, mengesot la tapi jangan terbaring sambil melihat sahaja. JANGAN GIVE UP!

Pengalaman itu mengajar seseorang menjadi lebih matang. Pengalaman lalu aku jadikan pengajaran buat diri aku. Semua orang buat kesilapan, bezanya samada kita improve kesilapan itu atau kita buat tak tahu je. Aku? haruslah aku improve semua kesilapan yang pernah aku buat.

mihmihmih..(^^o) aku rase macam pakar motivasi je..tapi tu lah yang membangkitkan semangat aku bila ak rasa macam down je.. eh? aku lupa nak tayang koleksi tudung aku..okeh. ni dia..berkenan? lau berkenan meh whatsapp terus 0193124270

ni yang latest SHAWL SEQUIN RM30 (tak termasuk postage)




Ni antara koleksi sequin shawl kitorang. kualiti sangat2 bagus!

material : chiffon crepe (kain made in vietnam bukan china)
measurement : 1.8 meter (panjang) / 0.7 meter (lebar)
harga : RM30 (harga berubah apabila tiba Diskaun Mingguan)
postage : RM7 SM / RM10 SS
HOW TO ORDER? WHATSAPP +60193124270 (tasha)

Macam yang aku cakap tadi.. kitorang sangat2 pentingkan kualiti. kain ni tebal. tak jarang. Sequin yang kitorang ketengahkan adalah sequin petak (square sequin) bukan sequin bulat. Square sequin lagi kemas. Tengok gambar kat atas tu..kitorang dah zoom! bagi korang nampak dengan jelas kekemasan sequin tu. Stok kali ni bertemakan bright & light. So, jangan request color lain dari yang ada ni. Tunggu next restock kitorang akan keluarkan shawl sequin yang lain.

Memandangkan internet sangat2 mencemburui aku.. slow giler internet! next time aku post dan cerita tentang koleksi shawl/tudung kitorang yang lain. stay tuned babe!!!

BYE!!

13 August 2014

CUTI PANJANG : BEST KE JADI HOUSEWIFE FULLTIME??

Assalamualaikum!!

dah bersawang blog ni. last hapdet aritu rasenye bulan 6 2013 kot..kot la! tak ingat sangat. hampir setahun kak jah~ mane aku pergi??? (T_T) ke-busy-an melanda..dengan kerja hakiki di pejabat..rutin harian kat rumah lagi..anak2 lagi..makeup2 lagi..tak ke putus semua urat namenye tu?? penat kak jah~        (-_-)''

.

tapi kan..tapi..ada tapi nye.. :) tu semua kisah dah berakhir awal bulan Mac 2014 ritu.. caye tak? caye tak? aku dah tinggalkan alat2 tulis, fail2 ijau, fail2 putih, fail2 merah, sume fail la~ selamat tinggal trengkas!! tak ada lagi kertas dan pen di tangan setiap ari!! HAHAHA! erk?? tak paham?? maksudnye..aku dah berenti keje! best tak? best tak? best la kan! tu cita2 setiap wanita. aku rasala kan..rasa je..ha! sekarang, aku jadi surihati suami FULLTIME!! haha. kekdahnye surihati..surirumah ler :p

.

erm.erm. mesti korang tertanya2 kenapa aku berenti? sukati aku la kan. huhuhu! kejam nye. Aku sebenarnya mase blaja amek secretary course. dah konvo bagai..aku kerja la jadi secretary..lame gak aku menjawat jawatan tersebut..hamboi ayat ko tasha! kalah ayat gomen. ada la dalam 4-5 tahun macam tu aku jadi secretary. tetibe! aku rase jiwe aku macam takde kat dalam bidang tu. jiwa kacau je mase tu! mule la aku buat hal..jadi nyanyuk tetibe, nak tak nak masuk meeting, lupe simbol2 pelik trengkassss, nak amek minit pun terketar2..tu sebenarnye.....simptom-simptom jiwa tak serasi! kekdahnye simptom tu..bhahaha! aku reka je okeh simptom tu?? korang jangan gi jumpa doktor lak (-_-)" cam gambar kat bawah ni..aku akan duduk kat seat depan sebelah kiri tu..dok sebelah chairman. ngantok wey..tapi kat situ..aku jarang masuk meeting. boss aku je yang masok..huhu (tq mrs. google.)



.......................... setelah 5 bulan aku jadik housewife, ape yang aku rase ek? aku rase bersalah. huhu. bersalah la sangat! rasa HAPPY la!! korang yang laki2 mesti pk housewife ni dok umah goyang2 kaki. baring macam kucing malas. kaki angkat tinggi2 letak atas kepala kerusi. tangan kiri kat belakang kepala. tangan kanan pegang chipsmore. baju bertimbun dalam bakul. dah macam KL Tower. kuali kat dapor tak berbasuh.berkerak bagai. anak hilang.ada dalam timbunan baju..ok. STOP imagine!!! amboi..amboi..sadap u man!! hahaha!! tu bukan housewife ye..tu biawak hidup namenye..pemalas kemain lagi ko kan kak jah! ok serious lak. jadik housewife (HW) ni..errrr...bukan senang tau. pas laki tersayang dah pergi kerja. lambai la sket tangan tu mase "bye2 sweetheart" jangan keras macam batu depan pagar..macam maid je rasenye. haishh!! (''<) masuk dalam rumah terus solat subuh, sidai baju, sediakan breakfast dan sewaktu dengannya. Jgn korang tido lak lepas dah bye2 sume..BANGUN! BANGUN! rezeki tak masuk okeh?

.

back to the cerita asal. best ke jadik surirumah? so far aku rasa best sebab aku yang jaga anak2 aku. makan minum pakai dorang aku yang jaga. nampak dorang membesar depan mata. macam si Rayyan ni dia mula nak besar..panjang akal. kalau salah didikan mau cepat terpengaruh dengan anasir2 jahat. kekdah nye anasir. AHHAAHA! pastu..aku suka memasak. aku tak caye dengan masakan kat luar. dah tu mahal lak tu. tak berbaloi kan?? terjamin kalau masak sendiri. pastu, rumah sentiasa terjaga. tak lah berhabuk sane sini. laki balik pun rase macam nak keluar balik je..tak nak dok rumah..pasai pa?? pasai rumah kak jah sepah giler macam tongkang pecah!!. STRESS??? stress tu mesti ada..tapi nak hilang kan stress senang je...pas bagi laki tersayang makan kenyang2..dah mandi..dah solat..ape lagi..start la drama..ajak gi SHOPPINGGGG!! Wuhuu~!!!

.

ok la..jumpa di lain pena~ tq. sudi luang masa bace panjang2..next entry aku janji aku taip pendek2 je. salahkan en.Norman yg ajar aku Typing Skill. :) bubye~