26 December 2014

DOMINO'S ATAU PIZZA HUT?

Bismillahirahmanirahim.

Surah Al-Fatihah di bacakan buat semua saudara Islam di negeri-negeri pantai timur. Semoga mereka berada di bawah lindungan Allah SWT.


Amin. banyak khasiat surat Al-Fatihah ni. fahamkan maksud setiap ayat. :)

*********************************************************************************

Sejak kebelakangan ni, hujan tak henti2. sejuk sangat. nak masak pun malas. nak mandi lagi la malas. anak2 pun jadi malas nak mandi sebab air sejuk. PAP! masak air. tuang dalam baldi. jangan tanya kenapa x pakai water heater. -___________________- sebab x de water heater la..rase macam boleh survive lagi sebab tu tak beli dan pasang.. sekarang ni...time hujan2 gini.. water heater adalah satu keperluan bukan lagi kehendak.. T_________T seeeejuuuuukkkkk..

disebabkan kemalasan dan kelaparan yg maksimas. kitorang sefamili decided nak makan chicken chop malam tu. tapi semua kedai penuuuuuuh! orang lain cam kitorang gak. lapar dan malas. penuh bukan sebab ape. sebab orang tak nak makan kat luar yg xde bumbung. hujannn kan? so, tempat yg berbumbung penuh la. final decision, we went to Domino's Pizza.

ok. tanpa segan silu. ni first time kitorang dine in. anak2 excited. depa dok sebut la "PIZZA HUT..PIZZA HUT.." ada la malu sket kitorang laki bini.. dah dok dalam domino's tapi anak2 dok karaoke pizza hut.

oleh kerana aku adalah peminat tegar pizza. memang excited la.


bila menu yang di pesan dah sampai..


errr.... mane pinggan? sudu dan garfu plastik je? tisu mane? aku tengok auntie kat depan tu terkial2 tengok meja kitorang sefamili dgn meja customer yang lain. mungkin diorang first time dine in cam kitorang. before ni delivery je kan..

aku dengar dia bersembang..ayat tamil+english. .#$%#%^^. NO PLATE? @#$%$^. PIZZA HUT. !@#$%%^. sambil terbalik2 kan pizza tu. maybe dia tak puas hati pizza domino's nipis je. aku translate.. maybe dia kate. mane pinggan? pizza hut ada pinggan! tapi family auntie India ni bagus..dia tak macam orang lain. dia makan pun diam.. suara tak kuat (aku yg curi2 dengar). family diorang respect dgn customer lain. Auntie tu ajar anak2 dia tertib makan. bagussss weh!

-____________-' bukan nak cite pasal family Auntie tu sebenarnya.

ok. husband aku cakap. Domino's ni nak tiru/ambil stail restoren omputih. berkonsepkan "independent & home style" faham? maksudnya.. macam makan kat rumah. dok depan tv. pizza atas peha. kaki lunjur kat sofa. tarik pizza slice per slice.masuk mulut. tipu. ni gambaran sebenar. makan dengan family kat rumah. x payah pinggan bagai. pizza sampai je. bukak kotak terus makan.


kitorang frust sket la. sebab tisu pun xde beb! kene gi kat washroom. tarik tisu kat sane. tisu toilet kot. aku lagi rela lap mulut dengan kain buruk kat dapur rumah. X_______X

ape pun. PIZZA HUT kot yang terbaik..setakat ni la. conclusion. malam tu kitorang sefamili lapar lagi. balik terus tido. ow! kat dalam domino's tu. elisha sempat terannnn poo poo. satu floor bauuuu dia punya poo poo. kitorang blah cepat2. x nak orang lain pengsann. dalam kete turunkan tingkap kaca. bagi pengaliran udara yang baik dalam kete supaya paru paru tak rosak ;p bertuah punye anak!

ok. esok nak order PIZZA HUT. pizza hut nak kene boikot gak ke? ade sumbangan ke israel gak ke? kalau ade nampak nye aku kene korbankan jiwa raga ku lagi.... T_________T sadisss sigaraga!